Perbezaan =, == dan ===

Catatan untuk diri. Perbezaan antara = , == dan ===.

= digunakan untuk mengumpukkan nilai. Contoh :


<?php

$nilai = 10;

?>

== digunakan untuk perbandingan nilai tanpa melibat jenis data yang dibandingkan. Sebagai contoh :


<?php

$nilai = "10";
if ($nilai == 10)
echo 'Sama';
else
echo 'Tidak';

// akan memberikan paparan Sama

?>

=== pula digunakan untuk perbandingan nilai dengan melibatkan jenis data yang dibandingkan.


<?php

$nilai = '10';

if ($nilai === 10)
echo 'Sama';
else
echo 'Tidak';

// akan memberikan paparan Tidak

?>

Jika kita membandingkan $nilai seperti ini, ianyakan akan memberikan jawapan yang berlainan.


$nilai = '10';

if($nilai === (string)10)
echo 'Sama';
else
echo 'Tidak';

//paparan adalah Sama

Apa yang berlaku ialah kita telah mengatakan nilai 10 adalah jenis string. apa yang ada didalam $nilai adalah string. Bila kita menggunakan === ianya membandingkan jenis data dan nilai yang dipegang adalah sama.

Selamat bermain dengan =, == dan juga ===

p/s :: kalau salah tolong betulkan.

Membakar dengan CakePHP di Windows 7

Artikel ini agak ringkas. Tujuan artikel ini diadakan, agar saya tidak lupa cara menggunakan command prompt untuk melakukan arahan bake.

1. Buka command prompt dan halakan direktori anda ke folder php anda. Sebagai contoh C:\php.

2. Jana arahan ini php.exe capaian ke folder cakephp\console\cake.php bake Sebagai contoh C:\php>php.exe C:\www\blog\cake\console\cake.php bake

Dan anda sudah boleh mula membakar kek!

PHP Meetup 2011 – Framework Shootout (Dari mata penganjur)

Kembali bersiaran dari ruangan yang sudah bersawang ini. Alhamdulillah, sudah seminggu berlalu sejak PHP Meetup 2011 berlangsung. Dari kaca mata saya selaku penganjur, ada ruang yang masih boleh saya dan juga zam3858 perbaiki. Jika mengikutkan pendaftaran rasmi pada hari itu, seramai 148 orang yang hadir. Haruslah diingatkan, ada juga diantara hadirin yang tidak mendaftar.

Bagi mereka yang tidak tahu, acara ini telah dianjurkan oleh komuniti PHP.net.my dengan kerjasama PHPCOE, Mimos Bhd. Penganjur ada 2+1 iaitu saya, zam3858 dan juga saudara Errazudin dari PHPCOE.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan penaja untuk acara kali ini. Experian Hitwise, Jmobile Sdn Bhd, Aist serta Primuscore. Terima kasih juga kepada para sahabat yang sudi berkongsi ilmu pada hari tersebut dan mengorbankan sabtu kalian untuk berehat.

Terima kasih juga kepada para hadirin yang juga sanggup memberikan sokongan pada acara kali ini. Selaku penganjur, saya amat terharu dengan jumlah kehadiran yang melangkaui jangkaan kami. Disini, saya ingin berkongsi sedikit apa yang berlaku sebelum 19/02/2011.

Semuanya bermula apabila saya, zam3858 dan hymns duduk minum dan terfikir. Tahun ini bila nak buat meetup? Zam3858 mencadangkan ianya diadakan 2 kali. awal tahun dan juga hujung tahun. Setelah bertanyakan pada teman-teman yang akan berkongsi ilmu, maka sebulat suara 19/02/2011 adalah tarikh yang sesuai.

Masa itu tinggal 3 minggu lagi sebelum hari berlakunya meetup. Yang menjadi kerisauan kami ialah kehadiran dibawah 50 orang. Tiada maknanya acara ini diadakan tanpa kehadiran peserta bukan?

Ketahuilah, mug untuk 50 orang pertama yang datang pada hari itu, hanya berjaya ditempah 3 hari sebelum hari meetup. Yeah kerja gila. Apa yang saya dengan zam3858 lakukan? Kami hanya berdua dan perlu menguruskan segalanya, ini kerja tidak bergaji, jadi pada masa yang sama kami juga perlu menyelesaikan kerja-kerja hakiki kami :) Terima kasih kepada Salimi dari AIST kerana membuat rekaan yang cantik untuk poster serta mug. Terima kasih kepada Marcel Leng kerana mendapatkan tajaan dari Experian Hitwise. Terima kasih kepada Azrad kerana mendapatkan tajaan dari Primuscore. Terima kasih kepada Misbah, kerana mendapatkan tajaan dari Jmobile. Terima kasih juga kepada Amran kerana mendapatkan tajaan dari AIST.

Jika ada yang mengatakan acara pendaftaran pada hari meetup tidak berapa efisien, maafkan kami kerana kami berdua hanya tidur jam 3 pagi sehari sebelumnya :) .

Maafkan juga makanan tidak mencukupi

Maafkan juga mug hanya untuk 50 orang. Itu sahaja yang kami mampu berikan. Ada rezeki akan datang, mungkin kami mampu memberikan mug atau tshirt untuk semua orang. :)

Selaku pengerusi majlis (sudah 2 tahun berturut-turut) maafkan saya sekiranya ada tersalah kata ketika mengacarakan PHP Meetup 2011 – Framework Shootout. Sekiranya ada diantara kalian yang hadir ingin menjadi pengerusi majlis pada masa akan datang, bolehlah hubungi saya :)

Ulasan dari kaca mata peserta

- http://noneey.blogspot.com/2011/02/php-meetup-2011-framework-shootout.html
- http://ismailsaleh.net/2011/02/28/php-meetup-framework-shootout-19-feb-2011-mimos/
- http://raficyber.blogspot.com/2011/02/php-meetup-2011-framework-shootout.html
- http://dewmandew.blogspot.com/2011/02/jom-bergaduh.html
- http://www.zakiyusof.com/2011/02/php-meetup-2011/
- http://www.munzir.net/entry/php-meetup-2011-malaysia
- http://kulainicknameku.blogspot.com/2011/02/php-meetup-2011-framework-shootout.html

Ulasan dari kaca mata presenter – http://azrilnazli.blogspot.com/2011/02/php-shootout-2011.html

Saya amat berharap dapat berjumpa dengan kalian pada acara seterusnya.

PhpHyppo – Yet Another Framework

Lama aku tidak mencatatkan apa-apa disini. Mari kita bercerita mengenai satu lagi rangkakerja terbaru yang ada di negara kita. PHPHyppo adalah sebuah rangkakerja yang dibangunkan oleh anak tempatan. PHPHyppo juga masih lagi bayi yang baru mula bertapak di dunia sumber terbuka. Jadi anda boleh menyumbang apa saja untuk pembangunan rangkakerja ini.

Muat turun PHPHyppo disini.

Aku ada menyumbang sedikit kod untuk rangkakerja ini. Sangat sedikit jika dibandingkan dengan usaha yang dilakukan oleh rakan kita ini. Tinggalkan CakePHP untuk seketika, ataupun CodeIgniter. Marilah kita bersama-sama membangunkan rangkakerja dari Malaysia agar kita ada satu produk yang boleh digunapakai dan dibanggakan di mata dunia. Yeay!

Hos Maya (Virtual Host) menggunakan Apache 2.2

Artikel kali ini akan menceritakan bagaimana mahu membolehkan Apache anda menggunakan fungsi hos maya. Sekiranya anda belum lagi melengkapkan Windows anda dengan Apache, rujuk artikel ini.

Mula-mula, buka fail C:\Windows\System32\drivers\etc\hosts. Tambah virtual.local seperti yang terdapat dalam gambar berikut.

Kemudian simpan (save) fail tersebut.

Keduanya, buka fail C:\Path\to\apache\conf\httpd.conf. Cari perkataan seperti ini

# Virtual hosts
#Include conf/extra/httpd-vhosts.conf

Buang sahaja tanda # di hadapan Include conf/extra/httpd-vhosts.conf. Kemudian simpan juga fail ini.

Selesai sudah bahagian yang mudah. Kini kita beralih ke bahagian yang agak sukar.

Buka fail C:\Path\to\apache\conf\extra\httpd-vhosts.conf.

Tambah ini ke dalam fail ini.


<VirtualHost *:80>
    ServerName virtual.local
    DocumentRoot "C:/Path/to/htdocs/virtual"
    ErrorLog "logs/virtual.local-error.log"
    CustomLog "logs/virtual2.local-error.log" common
</VirtualHost>

Simpan fail ini dan hentikan Apache dan hidupkan semula. Buat satu ‘folder’ bernama virtual di dalam C:/Path/to/htdocs. Kemudian ambil kod ini dan simpan sebagai index.php

<?php
  echo 'I\'m running from '. $_SERVER['HTTP_HOST'] .'<br />';
  echo 'My directory is '. $_SERVER['DOCUMENT_ROOT'];
?>

Cuba akses fail ini dengan menggunakan pautan ini http://virtual.local. Anda sepatutnya dapat melihat alamat pautan serta struktur ‘folder’ anda.

Ini baru sebahagian dari apa yang patut anda lakukan. Sekiranya anda cuba menggunakan PhpMyAdmin, pasti terdapat ralat. Anda perlu menambah ini pada fail httpd-vhosts.conf bagi membolehkan PhpMyAdmin anda berfungsi.


<VirtualHost *:80>
    ServerName jasdy.local
    DocumentRoot "C:/Dev/www/htdocs"
    ErrorLog "logs/virtual.local-error.log"
    CustomLog "logs/virtual2.local-error.log" common
</VirtualHost>

Wallah! Anda perlu menghentikan Apache serta menjalankannya semula. Segalanya akan berfungsi seperti yang sepatutnya.

Dropdown Dinamik (Dynamic Dropdown) atau Select

Artikel kali ini akan menceritakan bagaimana mahu menggunakan kod yang telah saya bina ini untuk kegunaan kalian. Mula-mula sekali muat turun fail ini.

Untuk mencuba fail tadi, kalian memerlukan apache, php dan juga mysql.

Bagaimana mahu menggunakan skrip ini?

1. Perlu memuatkan skrip jQuery versi 1.3.2 (sudah dibekalkan di dalam fail zip).

<script type="text/javascript" src="javascript/jquery-1.3.2.js"></script>

2. Perlu memuatkan skrip dynamicSelect (sudah dibekalkan di dalam fail zip).

<script type="text/javascript" src="javascript/jquery.dynamicSelect-1.2.0.js"></script>

3. Memanggil fungsi dynamicSelect.

<script type="text/javascript">
    $(document).ready(function() {
        $("#state").dynamicSelect({
          url:'district.php', //url ke halaman yang menjana JSON
          target:'district', //id dinamik dropdown
          msg:'Sedang Memproses', // secara auto ia akan memaparkan Loading... jika di setkan ia akan memaparkan mesej yang disetkan.
        })
      });
    </script>

Syarat menggunakan skrip ini ialah, sentiasa menggunakan $_GET['select_id'] untuk menerima parameter.

Yang kedua, format JSON haruslah seperti ini.

[{"id":"1","description":"BATU PAHAT"},
{"id":"2","description":"JOHOR BAHRU"}]

Selamat mencuba!

Tatasusunan (Array)

Tatasusunan (array) antara elemen penting dalam pengaturcaraan. Sebelum kita membincangkan bagaimana memanipulasikan tatasusunan, adalah lebih baik aku menceritakan apa itu tatasusunan.

Tatasusunan adalah satu kumpulan data yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

Setiap tatasusunan mestilah dimulakan dengan array(). Berikut adalah contoh tatasusunan.

 

<?php
    $cars = array('Waja','Vios','Viva','City');
   ?>

Cara untuk memaparkan data dari tatasusunan pula adalah seperti berikut.

 

<?php
    $cars = array('Waja','Vios','Viva','City');

    echo $cars[1];
?>

Indeks didalam tatasusunan sentiasa bermula dengan 0.

Memaparkan data dari pangkalan data MySQL menggunakan PHP

Artikel kali ini akan menceritakan bagaimana memaparkan data dari pangkalan data (database) MySQL kepada pelayar(browser) menggunakan PHP.

Pertama sekali, kita perlu menyediakan pangkalan datanya terlebih dahulu. Kod dibawah merupakan sintak untuk membina pangkalan data. Kita namakan pangkalan data ini sebagai test_tutorial.

 

CREATE DATABASE `test_tutorial` ;

Seterusnya kita perlu pula membina jadual(table) didalam pangkalan data tersebut. Dan jadual ini kita namakan sebagai users.

 

CREATE TABLE `test_tutorial`.`users` (
`id` INT NOT NULL AUTO_INCREMENT PRIMARY KEY ,
`first_name` TEXT NOT NULL ,
`last_name` TEXT NOT NULL ,
`date_of_birth` DATE NOT NULL
) ENGINE = MYISAM ;

Selesai kita membuat jadual, data perlu dimasukkan. Kod dibawah akan memasukkan 2 baris data kedalam jadual users.

 

INSERT INTO `test_tutorial`.`users` (
`id` ,
`first_name` ,
`last_name` ,
`date_of_birth`
)
VALUES (
NULL , 'Jasdy', 'Syarman', '1980-01-16'
), (
NULL , 'Abu', 'Ahmad', '2004-03-16'
);

Tamat bahagian pangkalan data. Kini kita beralih pula kepada bahagian kod aturcara PHP. Objektif kali ini, kamu akan mampu melakukan penyambungan dari PHP ke MySQL. Kemudian kamu akan dapat memahami penggunaan include, mysql_query(), mysql_fetch_array() dan juga gelung while.

Mula-mula kita perlu lakukan pemyambungan ke pelayan(server) MySQL serta memilih pangkalan data yang bakal dihubungkan. Kod aturcara dibawah menunjukkan bagaimana ianya dilakukan. Simpan kod ini dalam fail db.php

 

<?php
    $host = "localhost";
    $user   = "root";
    $password = null;
    $database = "test_tutorial";

    //melakukan penyambungan ke pelayan MySQL
    $connection = mysql_pconnect("$host","$user","$password")
        or die ("Couldn't connect to server.");

    //memilih pangkalan data yang akan digunakan
    $db = mysql_select_db("$database", $connection)
        or die("Couldn't select database.");
?>

Seterusnya kod aturcara dibawah akan menunjukkan bagaimana mahu memaparkan data yang diperolehi dari pangkalan data. Simpan kod ini didalam fail display.php

 

<?php
    //memasukkan fail db.php ke fail ini.
    include 'db.php';

    //mengumpukkan pernyataan sql kedalam pembolehubah.
    $sql = 'SELECT * FROM users';

    //menukarkan pembolehubah menjadi query
    $query = mysql_query($sql)
        or die(mysql_error());

    //penggunaan loop while digunakan bagi memaparkan lebih dari satu baris data.
    while ($result = mysql_fetch_array($query))
    {
        echo 'First Name :' .$result['first_name'];
        echo '<br />'; //<br /> adalah sintak html untuk baris baru.
        echo 'Last Name :' .$result['last_name'];
        echo '<br />';
        echo 'Date of Birth :' .$result['date_of_birth'];
        echo '<br />';
    }
?>

Kamu boleh melihat hasilnya dengan menaip http://localhost/laluan_ke_fail/display.php pada pelayar kamu.

Penerangan bagi setiap sintak yang digunakan, sengaja tidak di terangkan secara terperinci namun cukup untuk membuatkan kamu memahami bagaimana ianya berfungsi. Sekiranya kamu ada sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan komen.

Bundar ke 5 sen terhampir cara Malaysia

Sejak Malaysia tidak lagi mengeluarkan syiling 1sen, segala sistem pembayaran yang telah digunakan terpaksa diubahsuai agar nilai sen 1,2 dibundarkan menjadi 0. Nilai sen 3,4,6 dan 7 pula dibundarkan menjadi 5sen manakala 7,8 pula akan menjadi 10sen. Isu ini telahpun dibincangkan di forum http://php.net.my .

Berikut adalah cara penyelesaian yang aku cadangkan

<?php
$nilai = 12.91;
function roundRM($nilai)
{
    $round = array('1' => '0',
                   '2' => '0',
                   '3' => '5',
                   '4' => '5',
                   '5' => '5' ,
                   '6' => '5' ,
                   '7' =>'5',
                   '8' => '0',
                   '9' => '0' ); 

    $splitNilai = explode('.',$nilai); 

    $splitCent = str_split($splitNilai[1],'1');
    $centBack = $splitCent[1]; 

    if($centBack > 7)
    {
        $nilaiAll = $splitNilai[0].'.'.$splitCent[0];
        $nilaiAll = number_format($nilaiAll + 0.1,1);
        $nilaiAll = $nilaiAll . $round[$centBack];
    }
    else
    {
        $nilaiAll = $splitNilai[0].'.'.$splitCent[0]. $round[$centBack];
    } 

    return $nilaiAll;
} 

echo roundRM($nilai); 

?>

 

Dan penyelesaian yang lebih mudah ini dicadangkan oleh doubt di forum yang sama.

<?php
function round5Sen ($value) { 

    return number_format(round($value*20,0)/20,2,'.','');
} 

echo round5Sen(155.13);
echo "\n";
echo round5Sen(155.12);
echo "\n";
echo round5Sen(155.0);
echo "\n";
echo round5Sen(155.18);
echo "\n";
?>

Jadi pilihlah cara yang mana yang kamu rasa sesuai untuk diri kamu.