Hos Maya (Virtual Host) menggunakan Apache 2.2

Artikel kali ini akan menceritakan bagaimana mahu membolehkan Apache anda menggunakan fungsi hos maya. Sekiranya anda belum lagi melengkapkan Windows anda dengan Apache, rujuk artikel ini.

Mula-mula, buka fail C:\Windows\System32\drivers\etc\hosts. Tambah virtual.local seperti yang terdapat dalam gambar berikut.

Kemudian simpan (save) fail tersebut.

Keduanya, buka fail C:\Path\to\apache\conf\httpd.conf. Cari perkataan seperti ini

# Virtual hosts
#Include conf/extra/httpd-vhosts.conf

Buang sahaja tanda # di hadapan Include conf/extra/httpd-vhosts.conf. Kemudian simpan juga fail ini.

Selesai sudah bahagian yang mudah. Kini kita beralih ke bahagian yang agak sukar.

Buka fail C:\Path\to\apache\conf\extra\httpd-vhosts.conf.

Tambah ini ke dalam fail ini.


<VirtualHost *:80>
    ServerName virtual.local
    DocumentRoot "C:/Path/to/htdocs/virtual"
    ErrorLog "logs/virtual.local-error.log"
    CustomLog "logs/virtual2.local-error.log" common
</VirtualHost>

Simpan fail ini dan hentikan Apache dan hidupkan semula. Buat satu ‘folder’ bernama virtual di dalam C:/Path/to/htdocs. Kemudian ambil kod ini dan simpan sebagai index.php

<?php
  echo 'I\'m running from '. $_SERVER&#91;'HTTP_HOST'&#93; .'<br />';
  echo 'My directory is '. $_SERVER['DOCUMENT_ROOT'];
?>

Cuba akses fail ini dengan menggunakan pautan ini http://virtual.local. Anda sepatutnya dapat melihat alamat pautan serta struktur ‘folder’ anda.

Ini baru sebahagian dari apa yang patut anda lakukan. Sekiranya anda cuba menggunakan PhpMyAdmin, pasti terdapat ralat. Anda perlu menambah ini pada fail httpd-vhosts.conf bagi membolehkan PhpMyAdmin anda berfungsi.


<VirtualHost *:80>
    ServerName jasdy.local
    DocumentRoot "C:/Dev/www/htdocs"
    ErrorLog "logs/virtual.local-error.log"
    CustomLog "logs/virtual2.local-error.log" common
</VirtualHost>

Wallah! Anda perlu menghentikan Apache serta menjalankannya semula. Segalanya akan berfungsi seperti yang sepatutnya.