Fungsi Tail pada Windows

Sekiranya anda menggunakan sistem pengoperasian *nix. Ada masa-masanya anda perlu membaca server log, fungsi tail sangat berguna. Malangnya fungsi tail tidak ada pada sistem pengoperasian windows. Sekurang-kurangnya tidak semudah dan sependek *nix.

Perkara pertama anda perlu pastikan Windows anda dilengkapi dengan Windows Powershell. Sekiranya anda menggunakan Windows 8, Windows 7 ataupun Windows Server, Windows Powershell sudah siap dipasang pada sistem pengoperasian anda. Sekiranya tiada, anda boleh baca http://technet.microsoft.com/en-us/library/hh847837.aspx arahan muat-turun dan cara pemasangannya.

Pada sistem pengoperasian Windows 8, anda cuma perlu tekan Win+q dan taip “Power” pada ruangan Search.

Win+q

Kemudian anda akan mendapat paparan seperti ini

Capture

Berikut merupakan arahan yang perlu anda masukkan


Get-Content <pathToFile> -Tail <bilanganBaris> -Wait

Contoh adalah seperti berikut :


Get-Content error.log -Tail 10 -Wait

-Wait merupakan arahan supaya Get-Content sentiasa mengawasi sebarang perubahan kepada fail error.log. Untuk tamatkan fungsi ini anda cuma perlu tekan Ctrl+c.

Selamat mencuba!

Mengatasi wifi dinyahaktif pada Windows 8

Pernahkah terjadi kepada anda, tiba-tiba wifi anda tidak berfungsi? Apabila melihat pada PC Setting (rujuk gambar dibawah) Wireless Device menunjukkan Off dan butang On tidak berfungsi. Perkara terjadi pada saya ketika berada ditempat pengguna dan sedang melakukan demo sistem.

pcsetting

Usah khuatir, insyaAllah penyelesaiannya ada. Tekan butang Windows + Q dan taip Windows Powershell. Skrin seperti gambar dibawah akan terpapar. Pastikan anda membenarkannya dilarikan dalam mod Admin.

powershell

Langkah seterus, taipkan ini.


get-Wmiobject -class win32_networkadapter -namespace root\CIMV2 | where-object {$_.Name -match “Wifi” -or $_.Name -match “wireless” -and $_.name -notmatch “Microsoft Virtual WiFi Miniport Adapter” -and $_.netenabled -eq  $false} | % {$_.enable() }

Selepas itu rujuk semual PC Setting, butang Wifi anda dapat berfungsi seperti biasa.