Aktifkan DHCP pada pemasangan CentOS 7 (minimal)

Ambil penyapu dan penyodok sekejap. Penuh habuk dan sawang sudah blog ini.

Perkara yang aku selalu terlepas pandang adalah untuk mengaktifkan DHCP selepas proses pemasangan CentOS 7 (minimal). Terutamanya apabila proses pemasangan CentOS 7 berlaku pada VM Player. Jadi catatan kali ini, sebagai rekod untuk aku, agar beringat di lain masa.

  1. Larikan arahan dibawah pada terminal anda
    nmtui
    
  2. Paparan seperti gambar dibawah akan terpapar. Untuk mengemudi skrin ini. Gunakan anak panah pada papan kekunci. Pilih Edit a connection kemudian tekan [Enter].
    nmtui
  3. Langkah seterusnya pilih Edit dan tekan [Enter]
    Edit Connection
  4. Kemudi sehingga Automatically connect dan tekan [Spacebar], kemudian kemudi sehingga OK. Paparan akan kembali semula seperti skrin di atas, pilih Quit.
    Aktifkan
  5. Seterusnya kita perlu ‘restart’ semula ‘network’. Taip arahan dibawah kemudian tekan [Enter]
    service network restart
    

    Untuk menyemak IP kita, bolehlah larikan arahan ini

    ip a