Plugin penting untuk Notepad++

Mula menggunakan Notepad++ dari tahun 2006. Sejak dari itu, tiada lagi editor lain yang berkenan dihati. Sehingga kini, Notepad++ masih lagi editor terpantas ketika “load”.

Kepantasan load Notepad++ adalah kerana kurangnya fungsi-fungsi hebat seperti senarai class atau function yang telah kita bina. Jangan risau, Notepad++ dibina bersama-sama plugin manager.

1. Explorer
Plugin ini memudahkan kita untuk navigasi direktori fail.
n1

2. SourceCookifier
Plugin ini akan menyenaraikan kesemua class dan function dalam setiap fail yang kita buka. Tiada lagi Ctrl+F untuk navigasi fail anda.

n2

3. Compare
Compare membolehkan anda membandingkan dua fail secara bersebelahan serta akan highlight pada bahagian yang terdapat perbezaan.

Selain dari itu, fungsi sedia ada didalam Notepad++ yang sangat berguna ada Find in files. Anda boleh mencari menggunakan keyword, pilih direktori untuk dilakukan carian. Wallah! Notepad++ akan menyenaraikan fail yang mempunyai keyword tersebut.

Fungsi Tail pada Windows

Sekiranya anda menggunakan sistem pengoperasian *nix. Ada masa-masanya anda perlu membaca server log, fungsi tail sangat berguna. Malangnya fungsi tail tidak ada pada sistem pengoperasian windows. Sekurang-kurangnya tidak semudah dan sependek *nix.

Perkara pertama anda perlu pastikan Windows anda dilengkapi dengan Windows Powershell. Sekiranya anda menggunakan Windows 8, Windows 7 ataupun Windows Server, Windows Powershell sudah siap dipasang pada sistem pengoperasian anda. Sekiranya tiada, anda boleh baca http://technet.microsoft.com/en-us/library/hh847837.aspx arahan muat-turun dan cara pemasangannya.

Pada sistem pengoperasian Windows 8, anda cuma perlu tekan Win+q dan taip “Power” pada ruangan Search.

Win+q

Kemudian anda akan mendapat paparan seperti ini

Capture

Berikut merupakan arahan yang perlu anda masukkan


Get-Content <pathToFile> -Tail <bilanganBaris> -Wait

Contoh adalah seperti berikut :


Get-Content error.log -Tail 10 -Wait

-Wait merupakan arahan supaya Get-Content sentiasa mengawasi sebarang perubahan kepada fail error.log. Untuk tamatkan fungsi ini anda cuma perlu tekan Ctrl+c.

Selamat mencuba!

Menjana kunci SSH Git pada sistem pengoperasian Windows menggunakan Git

Menjadi seorang pengaturcara, bukan sahaja perlu mahir menggunakan bahasa pengaturcaraan malah perlu tahu menggunakan kawalan kod aturcara. Contoh kawalan kod aturcara adalah Subversion ataupun Git. Kawalan kod aturcara sangat penting terutamanya anda bekerja didalam kumpulan.

Klien Git untuk sistem pengoperasian windows boleh didapati disini.

Setelah anda memasangkan MySysGit pada sistem pengoperasian anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah Git Bash.


ssh-keygen -C <a href="mailto:alamat@email.anda">alamat@email.anda</a> -t rsa

Kemudian tekan butang Enter.

Anda boleh memasukkan Passphrase atau terus sahaja tekan butang Enter.  Mengenai dimana fail patut disimpan. Biarkan sahaja pada talaan(setting) umum.

Di dalam Windows XP fail id_rasa akan disimpan di C:\Documents and Settings\NamaAndaPadaSistemPengoperasian\.ssh\ manakala di dalam windows Vista dan 7 akan disimpan di C:\Users\NamaAndaPadaSistemPengoperasian\.ssh\

Artikel seterusnya akan menceritakan bagaimana mahu menggunakan kunci SSH ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah buka fail id_rsa.pub dan sila salin kesemuanya.

Kemudian buka akaun Beanstalkapp, ProjectLocker, GitHub ataupun mana-mana akaun git yang anda rasakan bersesuaian. Untuk contoh kali ini saya menggunakan akaun beanstalkapp. Pergi ke My Profile, kemudian pilih tab key. Tampalkan kesemua yang anda salin tadi ke ruang yang disediakan. Tekan butang Save Changes.

Selepas itu apa langkah seterusnya?

Anda perlu membuat penalaan sedikit pada ruang Git anda. Buka semula Git Bash anda kemudian taip ini


git config user.name "Nama Anda"
git config user.email "email yang anda gunakan ketika mendaftar di beanstalkapp"

Cukup setakat ini buat masa sekarang. Bila-bila ilham turun dari langit lagi, aku akan bercerita arahan-arahan lain untuk penggunaan Git ini.