SourceTree Index-Pack failed

Hari ini, aku terjumpa dengan ralat yang agak pelik.

remote : Compressing objects: 100% (11166/11166), done
error: RPC failed; result=18, HTTP code = 200
fatal: The remote end hung up unexpectedly
fatal: early EOF
fatal: index-pack failed

Setelah disemak, talian internet agak stabil. Hasil daripada siasatan yang dilakukan, kemungkinan besar postBuffer bagi git tidak mencukupi.

1. Buka Git Bash (Windows)
2. Talakan penuding(pointer) direktori ke direktori kod sumber.
3. Taipkan arahan berikut dan tekan butang Enter

git config http.postBuffer 524288000

Selamat mencuba!