Membina Bukutamu Bahagian 1 (Perancangan)

Artikel kali ini akan menceritakan bagaimana mahu membina bukutamu (guestbook). Bahagian 1 akan menceritakan bagaimana mahu merancang perjalanan bukutamu tersebut.

Bagi pembangun yang sudah mahir, membina bukutamu adalah sangat mudah. Untuk mereka yang tidak mempunyai asas, membuat bukutamu sudah cukup untuk membolehkan kamu memahami konsep asas iaitu cipta, kemaskini dan padam data yang ada didalam pangkalan data. Nama ringkas proses ini didalam bahasa Inggeris adalah CRUD dimana CR-Create, U-Update dan D-Delete. Sekiranya kamu terjumpa istilah CRUD ini dimana-mana laman sawang, janganlah terkejut.

Mengumpul keperluan.

Mengumpul keperluan serta spesifikasi sistem adalah proses asas dalam mana-mana pembangunan sistem. Mengumpul data serta spesifikasi yang betul dapat memudahkan proses pembangunan sistem kelak. Memandangkan kita hanya mahu membuat bukutamu. Maka tanya diri sendiri. Apa data yang kita nak simpan?

1. Nama / katanama
2. Alamat Emel
3. Alamat Laman Sawang
4. Komen

Aliran proses.

Setelah kita kenalpasti data apa yang ingin disimpan, Tentukan aliran proses bagi setiap proses yang ada. Cipta, Kemaskini dan Padam.

1. Cipta
Penguna masuk ke bukutamu -> Isikan semua maklumat yang diperlukan -> Pengguna klik pada butang simpan -> Simpan semua maklumat didalam pangkalan data.

2. Kemaskini
Pengguna masuk ke bukutamu -> Klik pautan kemaskini pada komen yang ingin dikemaskini -> Pengguna lakukan pembetulan -> Pengguna klik butang simpan -> Kemaskini maklumat yang berkaitan di dalam pangkalan data.

3. Padam
Pengguna masuk ke bukutamu -> Klik pautan padam pada komen yang ingin dipadam -> Paparan kepastian sama ada pengguna benar-benar mahu memadam rekod -> Jika ya padam rekod jika tidak balik ke halaman asal.

Membina Pangkalan Data

Dari proses mengumpul keperluan, kita sudah boleh mula membina pangkalan data. Bahagian ini kamu perlu lakukan sendiri, dan bezakan pangkalan data kamu dengan pangkalan data yang telah saya dibuat di bahagian kedua nanti.

Ingat nama jadual dan medan seharusnya mencermin entiti dan membawa maksud kepada data yang disimpan. Pastikan semuanya huruf kecil. Sekiranya nama medan memerlukan lebih dari 1 perkataan gunakan tanda _. Contoh laman_web.

3 proses ini merupakan proses asal dalam membina mana-mana sistem. Bagi graduan yang baru keluar dari Universiti, latih diri kalian dengan konsep ini. Menjadi pengaturcara bukan sekadar membuat kod semata-mata. Tetapi pengaturcara haruslah terlibat sama didalam proses perancangan sistem.

Selamat mencuba!

Menjana kunci SSH Git pada sistem pengoperasian Windows menggunakan Git

Menjadi seorang pengaturcara, bukan sahaja perlu mahir menggunakan bahasa pengaturcaraan malah perlu tahu menggunakan kawalan kod aturcara. Contoh kawalan kod aturcara adalah Subversion ataupun Git. Kawalan kod aturcara sangat penting terutamanya anda bekerja didalam kumpulan.

Klien Git untuk sistem pengoperasian windows boleh didapati disini.

Setelah anda memasangkan MySysGit pada sistem pengoperasian anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah Git Bash.


ssh-keygen -C <a href="mailto:alamat@email.anda">alamat@email.anda</a> -t rsa

Kemudian tekan butang Enter.

Anda boleh memasukkan Passphrase atau terus sahaja tekan butang Enter.  Mengenai dimana fail patut disimpan. Biarkan sahaja pada talaan(setting) umum.

Di dalam Windows XP fail id_rasa akan disimpan di C:\Documents and Settings\NamaAndaPadaSistemPengoperasian\.ssh\ manakala di dalam windows Vista dan 7 akan disimpan di C:\Users\NamaAndaPadaSistemPengoperasian\.ssh\

Artikel seterusnya akan menceritakan bagaimana mahu menggunakan kunci SSH ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah buka fail id_rsa.pub dan sila salin kesemuanya.

Kemudian buka akaun Beanstalkapp, ProjectLocker, GitHub ataupun mana-mana akaun git yang anda rasakan bersesuaian. Untuk contoh kali ini saya menggunakan akaun beanstalkapp. Pergi ke My Profile, kemudian pilih tab key. Tampalkan kesemua yang anda salin tadi ke ruang yang disediakan. Tekan butang Save Changes.

Selepas itu apa langkah seterusnya?

Anda perlu membuat penalaan sedikit pada ruang Git anda. Buka semula Git Bash anda kemudian taip ini


git config user.name "Nama Anda"
git config user.email "email yang anda gunakan ketika mendaftar di beanstalkapp"

Cukup setakat ini buat masa sekarang. Bila-bila ilham turun dari langit lagi, aku akan bercerita arahan-arahan lain untuk penggunaan Git ini.

PHP Meetup 2010

Entri ini akan menjadi sticky. Sila menatal ke bawah untuk artikel terkini.

PHP Meetup 2010 merupakan kesinambungan PHP Meetup bagi tahun-tahun sebelum ini. Acara ini adalah acara tahunan bagi komuniti PHP di Malaysia (http://php.net.my)

Bagi anda yang mahu membuka booth, sila emailkan butiran anda ke  zam3858[KAT]gmai dot com

Sekiranya ada sebarang berita terkini, entri ini akan berkemaskini.

Tukar ip

Kalau pengguna Mac, mereka boleh menukar profil pada sambungan network mengikut keadaan. Sebagai contoh, ip untuk komputer riba kamu di pejabat adalah berlainan dengan di rumah. Pengguna windows terpaksa menukar setting satu persatu.

Kini ada satu perisian yang diberi nama NetSetMan. Muat turun dari laman web ini. Dengan adanya perisian ini, kamu boleh menukar profil dengan mudah sama ada IP di pejabat mahupun IP dirumah.