Composer dengan repositori peribadi

Untuk menggunakan repositari peribadi, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan.

  1.  Jana ssh key
  2. Perlu membuat perubahan pada fail konfigurasi .~/ssh/config
  3. git clone mana-mana repositori (github/bitbucket) menggunakan git dengan tandatangan ssh key
  4. Kemaskini composer.json
  5. Composer update

Langkah-langkah diatas merupakan penerangan ringkas mengenai bagaimana untuk membolehkan composer klon repositori peribadi anda. Jangan risau, dibawah ini merupakan penerangan secara terperinci mengenai setiap langkah tersebut.

1. Jana ssh key
Mohon rujuk klik sini.

2. Perlu membuat perubahan pada fail konfigurasi .~/ssh/config
– Navigasi ke folder C:\User\<katanama>\.ssh\. Sekiranya tiada sebarang fail config, buka text editor anda dan masukkan konfigurasi dibawah.

– Restart Git-bash. ( Yang ini jangan tanya, aku sendiri tidak tahu, jadi aku restart pc)

Host bitbucket.org
HostName bitbucket.org
User emailAnda
IdentityFile ~/.ssh/id_rsa

3. Git clone
– Buka git bash anda dan clone mana-mana repositori. Sekiranya repositori peribadi anda berada di Bitbucket, mana klonlah mana-mana repositori di Bucket. Ini untuk memudahkan anda untuk masukkan RSA host key ke dalam “list of known host”.

4. Kemaskini composer.json
– Buka composer.json projek anda.
– Tambah ini

"require": {
        "format/composerAnda": "dev-master"
},
"repositories": [
        {
            "type": "vcs",
            "url":  "git@bitbucket.org:username/repoComposerAnda.git"
        }

5. Larikan arahan composer update pada command prompt anda. Sepatutnya anda akan dapat melihat composer mula melakukan arahan git clone pakej anda.

Selamat mencuba!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.