Hypertext Markup Language (HTML)

Hypertext Markup Language atau lebih dikenali sebagai html merupakan kod-kod aturcara yang difahami oleh pelayar(browser). Editor yang aku gunakan adalah Notepad++(muat turun disini). Ianya percuma.

Kebiasaannya tag-tag html mempunyai pembukaan dan penutupnya, sebagai contoh <p></p>, <div></div>, <table></table> dan juga <code></code>. Sungguhpun begitu masih ada tag-tag html yang hanya mempunyai penutup sebegini />. Contoh, <br /> dan <hr />.

Artikel kali hanya akan menerangkan perkaa asas yang perlu ada untuk membina satu muka laman web. Setiap kod-kod/tag-tag html haruslah berada didalam <html></html>. Keseluruhan stuktur <html></html> ini pula terbahagi kepada dua, iaitu kepala (<head></head>) dan juga badan (<body></body>).

Segala isi kandungan sesebuah laman web haruslah diletakkan di bahagian badan(body). Sekiranya kamu meletak sesuatu dibahagian kepala(head), ia tidakkan memaparkan maklumat tersebut pada pelayar kamu.

Kod aturcara dibawah mungkin dapat memahami apa yang aku maksudkan.

<html>
    <head>
        <title>
            Laman Web Pertama Saya
        </title>
    </head>
    <body>
        <p>
            Salam Dunia!
        </p>
        <p>
            <h1>Salam Dunia H1</h1>
            <h6>Salam Dunia H6</h6>
        </p>
        <p>
            Sini mulanya <br /> sini tamatnya.
        </p>
    </body>
</html>

Hasil dari kod-kod aturcara diatas, inilah hasilnya.

lamanweb

Laman web terbaik untuk merujuk perkara berkaitan html ini adalah http://www.w3schools.com/. Setiap fail html mestilah disimpan(save) sebagai .html atau .htm

Untuk melihat hasil kerja kamu, kamu boleh menggunakan pelayar yang biasa kamu gunakan.

2 Replies to “Hypertext Markup Language (HTML)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *