Menjadi pengaturcara yang baik
Pada tahun 1999 aku menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Malaysia dan mendapat jurusan yang aku sendiri tidak tahu apakah ianya. Komputer Sains. Aku mendapati aku memang tiada langsung minat dalam bidang ini. Bahasa pengaturcaraan yang pertama aku belajar adalah PASCAL.
Keputusan peperiksaan semester 2 menyebabkan aku hampir-hampir ditendang dari UTM. Ianya membuatkan aku tersedar. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku mula memupuk minat terhadap Komputer Sains.
Pada aku pengaturcaraan adalah salah satu cabang seni. Kamu akan dapati setiap orang mempunyai cara pengaturcaraan yang berbeza (melainkan kamu hanya menyalin kod aturcara orang lain).
Ada beberapa perkara yang perlu kamu lakukan sekiranya kamu mahu menjadi seorang pengaturcara yang baik.
1. Kenali masalah kamu.
Kamu harus mengenalpasti masalah kamu sebelum kamu bertanya kepada orang lain. Ini perlu kerana kamu perlu melakukan kajian sebelum kamu mahu bertanya kepada orang lain. Sekiranya kamu sendiri tidak mengetahui masalah kamu, bagaimana kamu mahu melakukan kajian? Lebih teruk lagi orang lain tidak akan dapat membantu kamu kerana kamu tidak menjelaskan masalah kamu dengan baik.
2. Buat kajian sebelum bertanya.
Google merupakan alat terbaik untuk membuat kajian. Yang kamu perlukan adalah katakunci. Jangan gunakan alasan terlalu banyak penyelesaian yang terdapat di Google dan kamu tidak tahu yang mana satu yang mahu kamu gunakan. Sekiranya kamu kenali masalah kamu, insyaAllah kamu mampu memilih penyelesaian yang mana yang paling hampir dengan apa yang kamu perlukan. Seandainya kamu masih tidak mampu memilih, cuba sahaja kesemua penyelesaian yang diberikan.
3. Sertai komuniti
Kamu perlu menyertai sesuatu komuniti agar kamu dapat bergaul dengan pengaturcara yang lain. Di Malaysia komuniti pengaturcara PHP sudah lama diwujud(http://php.net.my). Jangan sesekali kamu bertanyakan soalan yang terlalu mudah. Oleh kerana itu sila lakukan beberapa carian sebelum kamu mahu bertanya. Bayangkan kalau ada 1000 orang yang bertanyakan soalan yang sama, ini bermakna 1000 kali juga orang yang menjawab perlu menaip jawapan yang sama. Adilkah kerana kemalasan kamu, kamu menyusahkan orang lain?
Pastikan soalan kamu disesebuah komuniti itu jelas. Tolong orang lain untuk mereka tolong kamu. Jika kod kamu ada ralat, nyatakan apa ralat itu. Ataupun jangan sesekali kamu meletakkan kod kamu di forum dan mengatakan “Ini kod saya, tolong semak.” Tanpa menceritakan dengan teliti apakah yang kamu cuba lakukan dan apakah masalah yang kamu hadapi. Mereka tiada deria ke 6!
4. Lakukan kesilapan
Rajinkan jari-jemari kamu mengubah kod aturcara yang terdapat di internet dan biarkan ianya ada ralat. Dengan cara ini kamu belajar untuk memahami apakah yang silap sehinggakan mesej ralat tertera di pelayar kamu. Tidaklah ketika kamu melakukan kod aturcara kamu sendiri dan terdapat ralat, kamu menjadi kelam-kabut kerana tidak mengetahui apakah masalahnya.
5. Mudah
Gunakan nama fail yang menggambarkan fungsi fail tersebut. Namakan pembolehubah dengan perkataan yang mudah kamu kenalpasti apakah nilai yang dipegang oleh pemboleh ubah tersebut. Cuba ringkaskan kod aturcara kamu semudah yang mungkin. Lebih ringkas kod kamu, lebih kurang ralat yang bakal kamu hadapi.
6. Latih minda
Latih minda kamu untuk menyelesaikan masalah. Pengaturcaraan adalah idea menyelesaikan masalah. Bila ada masalah kamu harus selesaikan. Fikirkan sesuatu yang baru. Jangan sesekali menjadi katak di bawah tempurung.
7. Membaca
Mahu atau tidak kamu harus membaca. Teknologi laman web bergerak dengan pantas. Jadi kamu pasti tidak mahu ketinggalan. Tiada cara untuk kamu terus mengikuti perkembangan ini melainkan membaca. Tidak kisahlah sama ada dari buku mahupun artikel-artikel yang terdapat di internet.
8. Fokus
Kamu perlu fokus terhadap apa yang kamu lakukan. Jangan amalkan keputusan seminit. Sekejap kamu mahu lakukan sebegitu sekejap kamu mahu lakukan sebegini. Sudahnya kod aturcara kamu asyik berubah dan kamu masih ditakuk itu sahaja. Pilih satu bahasa pengaturcaraan untuk kamu kuasai sepenuhnya. Kebanyakan syarikat mencari pakar untuk sesuatu bahasa pengaturcaraan itu dari seorang pekerja yang tahu banyak bahasa pengaturcaraan tapi hanya asasnya.
9. Rendah diri
Dekatkan diri kamu dengan Allah(sekiranya kamu seorang Islam). Doa dapat membantu kamu. Percayalah, sekiranya niat kamu membuat kod aturcara itu kerana Allah Taala, insyaAllah kamu akan jumpa dengan jawapannya. Jangan sesekali kamu merasakan kamu sudah cukup pandai dan tidak memerlukan orang lain. Kamu tidak akan kemana dengan sikap sebegitu. Malang sekali seandainya kamu bongkak dan takbur untuk memohon pertolongan dariNYA.
10. Ilmu perlu dikongsikan
Ilmu perlu dikongsikan sekiranya kamu mahu ilmu kamu tidak hilang dan akan bertambah. Kamu ada satu ilmu dan aku ada satu ilmu. Bila kita berkongsi kamu akan ada 2 ilmu dan begitu juga aku. Bayangkanlah sekiranya semua orang menjadi kedekut ilmu. Adakah kamu rasa kamu akan mampu mempelajari semua yang kamu ketahui?
setuju dengan semua di atas
aku suka point no.4…. dare to error…hahahaha
thepenom,
ahahaha itulah cara aku belajar dulu.
insaf..
8,
9,
10
adeh.
weldan,
aku juga masih mencari redha dariNYA.
aku sokong pendapat nombor satu
kenal pasti masalah
ko ni belajar satu universiti sama sameon ker?
cerita leboh kurang sama aje
hehehe
sama dengan sameon dan sama dengan zam dan aku tak pasti dengan sapa-sapa lagik. tapi apapun UTM is da best!
aku setuju statement2 kat atas…lagi2 pat pakcik Google…hehe cek errors
p/s: aku ni lelong dapat masuk UM dalam bidang sains komputer
p/s2: ko kenal norizam katmon yer…tu jiran aku wei
tempePHP,
apa pulak tak kenal…kenal sangat tuh.
Salam tuan ghomah,
wah wah ada hapdet..bagus bagus.. keep it up! semoga usaha murni mendapat ganjaranNya..
hazel,
saya memang rajin kak :p