Format tarikh menggunakan sintak SQL
Posted On 18/03/2009
Format untuk tarikh dalam MySQL hanyalah ‘2009-01-01’ untuk jenis data date dan ‘2009-01-01 11:50:29’ untuk jenis data datetime. Ini sama sekali tidak menyamai format tarikh yang digunakan di negara kita iaitu 01-01-2009 ataupun 01/01/2009.
Artikel kali ini akan menyelesaikan permasalahan tanpa melibatkan sebarang kod dari PHP. Berikut adalah caranya
SELECT date_format ( nama_medan, '%d/%m/%Y' ) as tarikh FROM nama_jadual
Ini akan menghasilkan output 01/01/2009.
Ini merupakan format-format yang ada.
Sintak | Paparan |
%W | Wednesday |
%a | Wed |
%D | 5th |
%d | 05 |
%e | 5 |
%M | January |
%b | Jan |
%m | 01 |
%Y | 2009 |
%y | 09 |
%T | 20:00:20 |
%H | 20 |
%i | 00 |
Bacaan lanjut boleh dilakukan di http://dev.mysql.com/doc/refman/5.1/en/date-and-time-functions.html#function_date-format.