GIT : Mengambil kod dari Gudang (Repository)
Terdapat 2 cara untuk mengambil fail-ail anda dari gudang git. Cara yang pertama sekiranya itu adalah kali pertama anda mencapai ail-ail anda dari gudang. Cara yang kedua, anda ingin mengambil ail-ail yang ada perubahan di gudang. Kmungkinan besar rakan-rakan anda telah melakukan perubahan kepada beberapa fail.
Git Bash menggunakan arahan-rahan dalam *nix. Kemashiran asas yang perlu anda tahu sebelum menggunakan git ialah :
1. cd .. untuk naik satu folder ke atas
2. cd laluan/ke/folder untuk masuk ke folder yang diingini.
3. ls mempunyai fungsi yang sama dengan dir didalam windows.
Senario pertama :
Anda mahu mengambil gudang diatas talian dan masuk ke dalam cakera keras anda.
git clone yoururltorepo //contoh git clone git@*****.beanstalkapp.com:/jasdy.git
Senario kedua
Rakan anda telah mengemaskini fail di gudang dan kini anda mahu memastikan gudang anda juga mempunyai fail yang terkini
git pull yoururltorepo nama branch //contoh git pull git@*****.beanstalkapp.com:/jasdy.git master
Selamat Mencuba!