Mencari Vhost

Seringkali sebagai Admin kepada pelayan (Server), ada masa-masanya kita terpaksa menguruskan pelayan yang telah dikonfigurasi oleh orang lain. Kadangkala, lokasi file konfigurasi tidak diletakkan ditempat yang menjadi kebiasaan.

Konfigurasi host maya (virtualhost), selalunya diletakkan didalam fail yang berasingan dan disimpan dilokasi ‘conf.d’. Untuk CentOS selalu berada di laluan direktori /etc/httpd/conf.d, akan tetapi konfigurasi virtualhost juga boleh dilakukan didalam ‘httpd.conf‘ (sangat tidak digalakkan).

Terdapat satu arahan yang boleh dilakukan diterminal bagi mendapatkan lokasi konfigurasi virtualhost.

1. CentOS

httpd -S

2. Ubuntu

apache2ctl -S

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *