Apache 2.4, PHP 7 dan MySQL 5.7 Windows 10

  1. Muat turun Apache versi 2.4 di Apache Lounge atau Apache Haus. Saya lebih menyukai Apache Lounge kerana dia menggunakan pengkompil VC14.
  2. Muat turun juga Visual C++ Redistributable dari sini.
  3. Sudah semesti kita perlu muat turun PHP versi 7 dari window.php.net. Dapatkan versi Threaded Safe.
  4. Yang terakhir kita juga perlukan MySQL versi 5.7. Muat turun dari laman sawang MySQL.

Unzip fail zip Apache24 dan juga php7. Untuk memudahkan hidup anda, struktur folder anda haruslah seperti ini.
C:\
—–Apache24
—–php

Kemudian buka command prompt menggunakan akses administrator dan navigasi sehingga folder C:\Apache24\bin. Taip arahan dibawah ini.

httpd.exe -k install -n "Apache 2.4"

Sekarang anda sudah berjaya menjana servis untuk Apache anda. Buka fail C:\Apache24\conf\httpd.conf menggunakan notepad. Tambah kod dibawah pada pengakhiran fail

LoadModule php7_module "C:/Dev/php/php7apache2_4.dll"
AddHandler application/x-httpd-php .php

# configure the path to php.ini
PHPIniDir "C:/Dev/php"

Sekarang waktu untuk melakukan konfigurasi pada php pula. Masuk ke folder C:\php menggunakan File Explorer. Rename fail php.ini-development kepada php.ini. Restart Apache menggunakan Services.

Untuk MySQL, haih, kan pakai setup fail? Next-next je la. :p

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.