Tidak boleh buka Windows Terminal

Apa itu windows terminal?

Windows terminal merupakan Windows App dimana anda boleh menggunakan Command Prompt(Cmd), PowerShell, Azure Terminal dan juga WSL 2 dari satu tetingkap. Syaratnya mudah, ketiga-tiga perisian tadi sudahpun berada didalam WIndows 10 anda.

Saya amat menggemari perisian ini kerana ia memudahkan saya untuk melihat dipaparan command line didalam satu tetingkap, hanya perlu navigasi menggunakan tab yang ada. Akan tetapi, secara tiba-tiba Windows Terminal tidak dapat dibuka. Perkara pertama yang saya lakukan adalah ‘restart’ Windows 10. Jika anda menggunakan Windows, itu adalah perkara pertama yang anda perlu untuk menyelesaikan bermacam-macam masalah pada perisian anda.

Apabila ‘restart’ tidak menyelesaikan masalah, saya mula pergi ke Start Menu > Windows Terminal > Right Click > More > App Setting. Ini akan membuka paparan Setting bagi Windows Terminal.

Pada paparan ini, saya cuma perlu menekan butang Repair, dan masalah selesai. Sekiranya ia tidak menyelesaikan masalah anda, bolehlah tekan butang Reset. Awas! Butang Reset akan kosong segala profil anda bagi Windows Terminal.

Selamat mencuba!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.