Pemasangan OpenStreetMap pada Ubuntu 16.04
Setelah beberapa cubaan untuk hos ’tile’ Open Street Map (OSM) yang disudahi dengan linangan airmata. Akhirnya saya berjaya melakukan pemasangan OSM pada Ubuntu 16.04.
Pemasangan dilakukan di Linode 2GB RAM sahaja, dan saya hanya berminat untuk hos ’tile’ bagi negara Malaysia sahaja.
Sebelum melakukan proses pemasangan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah
sudo apt update sudo apt upgrade
Memandangkan proses pemasangan memerlukan RAM 4GB (minima) maka saya perlu membuat fail swap agar dapat menampung kekurangan 2GB RAM tadi. Makanya, saya peruntukkan 2G untuk swapfile. Tapi memandangkan saya hanya import peta Malaysia, maka tidak perlu ada swapfile.
sudo fallocate -l 2G /swapfile sudo chmod 600 /swapfile sudo mkswap /swapfile
Isu yang kedua yang saya hadapi ketika proses pemasangan OSM adalah timeout ketika ssh. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi,
sudo nano /etc/ssh/ssh_config
Cari perkataan ServerAliveInterval. Sekiranya tiada tambah ServerAliveInterval 90.
ServerAliveInterval 90
Sekarang kita sudah boleh mula dengan proses pemasangan. Mulakan dengan memasang Postgres
sudo apt install postgresql postgresql-contrib postgis postgresql-9.5-postgis-2.2
Selesai proses pemasangan Postgres, kita perlu masuk ke dalam pangkalan data postgres. Secara lalai, pengguna postgres akan dijana semasa proses pemasangan tadi. Jadi kita perlu masuk ke persekitaran pengguna postgres
sudo -u postgres -i
Sekarang kita perlu tambah pengguna untuk diakses ke pangkalan data. Pengguna postgres merupakan ‘root’ didalam pangkalan data, jadi kita perlu menambah pengguna baru.
createuser osm
Selesai tambah pengguna osm, kita juga perlu jana pangkalan data baru yang diberi nama openstreet(nama ini terpulang kepada anda. Selesai menjana pangkalan data, anda juga perlu aktifkan ‘extension’ hstore dan postgis. Kedua-dua ‘extension’ ini diguna pakai bagi memproses maklumat gis.
createdb -E UTF8 -O osm openstreet psql -c "CREATE EXTENSION hstore;" -d openstreet psql -c "CREATE EXTENSION postgis;" -d openstreet
Kemudian kita perlu keluar dari postgres dengan menaip exit
Oleh kerana kita telah menambah pengguna osm didalam pangkalan data, kita juga perlu menambah pengguna osm didalam Ubuntu. Ini bagi membolehkan pengguna osm didalam persekitaran sistem mengakses pangkalan data openstreet menggunakan pengguna osm.
sudo adduser osm
Memandangkan saya malas untuk ‘switch’ pengguna, maka saya juga telah tambah pengguna osm ke dalam senarai sudoers.
usermod -aG sudo username
Bertukar kepada persekitaran osm. Bertukar!
su - osm
Langkah seterusnya adalah muat turun CartoCSS map stylesheets
wget https://github.com/gravitystorm/openstreetmap-carto/archive/v2.41.0.tar.gz
Selesai proses muat turun, untar fail tersebut.
tar xvf v2.41.0.tar.gz
Muat turun pula fail peta Malaysia
wget -c http://download.geofabrik.de/asia/malaysia-singapore-brunei-latest.osm.pbf
Bagi mengimport data peta kedalam pangkalan data, kita memerlukan osm2psql. Sekiranya anda tidak membenarkan pengguna osm melakukan sudo, sila tukar ke pengguna root terlebih dahulu.
sudo apt install osm2pgsql
Sebaik sahaja selesai proses pemasangan osm2psql, larikan arahan dibawah
osm2pgsql --slim -d gis -C 3600 --hstore -S openstreetmap-carto-2.41.0/openstreetmap-carto.style malaysia-singapore-brunei-latest.osm.pbf
Semua yang kita lakukan tadi adalah bahagian mudah, sekarang kita perlu memasang mod_tiles. Kebanyakan ralat berpunca dari pemasangan mod_tiles yang tidak betul.
sudo apt install git autoconf libtool libmapnik-dev apache2-dev git clone https://github.com/openstreetmap/mod_tile.git
Arahan diatas membolehkan memasang beberapa ‘library’ yang diperlukan. Kita guna memuat turun kod sumber map_tile.
cd mod_tile/ ./autogen.sh ./configure make sudo make install sudo make install-mod_tile
Arahan tadi menyebabkan kita mengkonfigurasi, mengkompil serta memasang mod_tile pada ubuntu. Sekarang kita perlu menjana mapnik ‘stylesheet’.
sudo apt install curl unzip gdal-bin mapnik-utils node-carto
Sekirannya anda didalam persekitaran pengguna root, masuk semula ke persekitaran pengguna osm. Andai anda dalam persekitaran osm, langkau langkah ini.
su - osm
Sekarang kita perlu memasang ‘library’ yang perlu untuk menggunakan mapnik.
Masuk ke folder openstreetmap-carto-2.41.0/ dan jana fail bentuk. Seterusnya menjana style.xml
sudo apt install curl unzip gdal-bin mapnik-utils node-carto cd openstreetmap-carto-2.41.0/ ./get-shapefiles.sh carto project.mml > style.xml
Selesai langkah-langkah diatas, kita perlu mengkonfigurasi renderd
sudo nano /usr/local/etc/renderd.conf
Copy arahan dibawah dan paste pada renderd.conf
[renderd] socketname=/var/run/renderd/renderd.sock num_threads=1 tile_dir=/var/lib/mod_tile stats_file=/var/run/renderd/renderd.stats [mapnik] plugins_dir=/usr/lib/mapnik/3.0/input font_dir=/usr/share/fonts/truetype font_dir_recurse=1 [default] URI=/osm_tiles/ TILEDIR=/var/lib/mod_tile XML=/home/osm/openstreetmap-carto-2.41.0/style.xml HOST=localhost TILESIZE=256 ;HTCPHOST=proxy.openstreetmap.org ;MINZOOM=0 ;MAXZOOM=18 ;TYPE=png image/png ;DESCRIPTION=This is a description of the tile layer used in the tile json requ$ ;ATTRIBUTION=©<a href=\"http://www.openstreetmap.org/\">OpenStreetMap</a> $ ;SERVER_ALIAS=http://localhost/ ;CORS=http://www.openstreetmap.org ;ASPECTX=1 ;ASPECTY=1 ;SCALE=1.0
Kenapa saya suruh copy dan paste sahaja? Sebab yang lain tidak diperlukan, dan akan menyebabkan ralat.
Langkah seterusnya adalah salin fail mod_tile/debian/renderd.init kedalam /etc/init.d/renderd dan diberikan kebenaran, dengan harapan ianya sentiasa berada dijalan yang benar.
sudo cp mod_tile/debian/renderd.init /etc/init.d/renderd sudo chmod a+x /etc/init.d/renderd
Sudah penat? Sabar, sekarang kita perlu edit fail tadi.
sudo nano /etc/init.d/renderd
Ubah parameter tersebut menjadi
DAEMON=/usr/local/bin/$NAME DAEMON_ARGS="-c /usr/local/etc/renderd.conf" RUNASUSER=osm
Sekarang kita perlu buat satu folder dan berikan kebenaran kepada folder tersebut kepada osm. Tiada lain melainkan yang benar-benar belaka.
sudo mkdir -p /var/lib/mod_tile sudo chown osm:osm /var/lib/mod_tile
Akhirnya!!!! Ini merupakan langkah terakhir untuk renderd.
sudo systemctl daemon-reload sudo systemctl start renderd sudo systemctl enable renderd
Eh eh eh jangan berseronok dulu! Ada lagi yang kena buat. Sekarang taip exit. Anda akan berada dipersekitaran root. Buat arahan dibawah.
sudo nano /etc/apache2/mods-available/mod_tile.load
Tampal kod ini pada fail tadi
LoadModule tile_module /usr/lib/apache2/modules/mod_tile.so
Aku dah tak larat dah nak taip dan perjelaskan dengan terperinci. Buat sahaja arahan dibawah
sudo ln -s /etc/apache2/mods-available/mod_tile.load /etc/apache2/mods-enabled/ sudo nano /etc/apache2/sites-enabled/000-default.conf
Sekarang cari . Dah jumpa? Tampal kod dibawah didalam fail itu.
LoadTileConfigFile /usr/local/etc/renderd.conf ModTileRenderdSocketName /var/run/renderd/renderd.sock # Timeout before giving up for a tile to be rendered ModTileRequestTimeout 0 # Timeout before giving up for a tile to be rendered that is otherwise missing ModTileMissingRequestTimeout 30
Sudah boleh restart apache2
sudo systemctl restart apache2
Barulah boleh senyum-senyum kambing dan pergi ke http://ip-server/osm_tiles/0/0/0.png guna pelayar. Berdoalah sambil-sambil melihat pada skrin agar tiada ralat. Sekiranya ada, tinggalkan komen. Saya cuba bantu.
p/s : Arahan diatas di ‘trace’ semula dari history bash.
Thank you for sharing