PHP Version Switcher for Apache on Windows

Kenapa?

Saya bukanlah penggemar pakej bagi pemasangan PHP. Seringkali juga saya perlu menukar-nukar versi PHP. Selalunya buka http.conf dan edit versi PHP yang digunakan. Ada masanya perlu juga menukar PATH di “System Environment” sekiranya perlu menggunakan CLI.

Perkara ini agak menyusahkan saya. Walhal benda yang hendak diuji itu hanya mengambil masa sekitar dua hingga tiga minit sahaja. Proses menukar PATH dan juga versi PHP di httpd.conf lebih lama dari tempoh pengujian.

Ketika saya menggunakan Macbook, ada satu “tools” yang diberi nama sphp (https://github.com/rhukster/sphp.sh). Jadi bila saya berpeluang kembali ke persekitaran Windows, saya buat batch script bagi memudahkan kerja-kerja menukar versi php.

Pra-syarat

  1. Sudah pun memasang Apache serta melarikannya sebagai servis.
  2. Sudah memuat turun kesemua versi PHP yang ingin digunakan.
  3. Menyusun folder PHP seperti berikut:
C:/Dev/php/
 -php7.4/
 -php8.0/
 -php8.1/
 -php8.2/
 -php8.3/

{Root-folder}/phpversi.minor

Dimana lokasi batch script ini?

Skrip ini boleh didapati di https://github.com/akutaktau/php-version-switcher.git. Sekiranya ada sebarang cadangan penambahbaikan, atau terdapat ralat. Boleh buka issue di repositori tersebut.

Harapnya, skrip kecil ini dapat membantu dan memudahkan hidup kalian. Maklumat lanjut boleh didapati difail README.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.