Memaparkan data dari pangkalan data MySQL menggunakan PHP
Artikel kali ini akan menceritakan bagaimana memaparkan data dari pangkalan data (database) MySQL kepada pelayar(browser) menggunakan PHP.
Pertama sekali, kita perlu menyediakan pangkalan datanya terlebih dahulu. Kod dibawah merupakan sintak untuk membina pangkalan data. Kita namakan pangkalan data ini sebagai test_tutorial.
CREATE DATABASE `test_tutorial` ;
Seterusnya kita perlu pula membina jadual(table) didalam pangkalan data tersebut. Dan jadual ini kita namakan sebagai users.
CREATE TABLE `test_tutorial`.`users` ( `id` INT NOT NULL AUTO_INCREMENT PRIMARY KEY , `first_name` TEXT NOT NULL , `last_name` TEXT NOT NULL , `date_of_birth` DATE NOT NULL ) ENGINE = MYISAM ;
Selesai kita membuat jadual, data perlu dimasukkan. Kod dibawah akan memasukkan 2 baris data kedalam jadual users.
INSERT INTO `test_tutorial`.`users` ( `id` , `first_name` , `last_name` , `date_of_birth` ) VALUES ( NULL , 'Jasdy', 'Syarman', '1980-01-16' ), ( NULL , 'Abu', 'Ahmad', '2004-03-16' );
Tamat bahagian pangkalan data. Kini kita beralih pula kepada bahagian kod aturcara PHP. Objektif kali ini, kamu akan mampu melakukan penyambungan dari PHP ke MySQL. Kemudian kamu akan dapat memahami penggunaan include, mysql_query(), mysql_fetch_array() dan juga gelung while.
Mula-mula kita perlu lakukan pemyambungan ke pelayan(server) MySQL serta memilih pangkalan data yang bakal dihubungkan. Kod aturcara dibawah menunjukkan bagaimana ianya dilakukan. Simpan kod ini dalam fail db.php
<?php $host = "localhost"; $user = "root"; $password = null; $database = "test_tutorial"; //melakukan penyambungan ke pelayan MySQL $connection = mysql_pconnect("$host","$user","$password") or die ("Couldn't connect to server."); //memilih pangkalan data yang akan digunakan $db = mysql_select_db("$database", $connection) or die("Couldn't select database."); ?>
Seterusnya kod aturcara dibawah akan menunjukkan bagaimana mahu memaparkan data yang diperolehi dari pangkalan data. Simpan kod ini didalam fail display.php
<?php //memasukkan fail db.php ke fail ini. include 'db.php'; //mengumpukkan pernyataan sql kedalam pembolehubah. $sql = 'SELECT * FROM users'; //menukarkan pembolehubah menjadi query $query = mysql_query($sql) or die(mysql_error()); //penggunaan loop while digunakan bagi memaparkan lebih dari satu baris data. while ($result = mysql_fetch_array($query)) { echo 'First Name :' .$result['first_name']; echo '<br />'; //<br /> adalah sintak html untuk baris baru. echo 'Last Name :' .$result['last_name']; echo '<br />'; echo 'Date of Birth :' .$result['date_of_birth']; echo '<br />'; } ?>
Kamu boleh melihat hasilnya dengan menaip http://localhost/laluan_ke_fail/display.php pada pelayar kamu.
Penerangan bagi setiap sintak yang digunakan, sengaja tidak di terangkan secara terperinci namun cukup untuk membuatkan kamu memahami bagaimana ianya berfungsi. Sekiranya kamu ada sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan komen.
salam..nak tanye..kalau kite nk display data dr database kt dalam form macam mana ye?
ok..contohnye: saya ade buat 1 system untuk user apply cuti..
first skali, user kena login dengan valid username & password..
lepas tu, bila user click dekat application form, data-data user seperti nama, ic no n staff id,
akan automatik display yang di ambil dari database..
user hanya perlu mengisi date untuk cuti sahaja..
saya ade google, tapi tak berapa paham..thanks..
sila rujuk artikel ini
http://tentangseseorang.net/soft/2009/03/25/session-dan-log-masuk-login/
aku rasa macam pernah nampak aje kod ko ni
tapi di mana yer???
mana ko jumpa? aku buat sendiri. tak main la copy paste.
Assalamualaikum…sy br nak kenal erti php and my sql..masalahnyerr untuk final project 2 sy kena buat online system cuti untuk staff fakulti saya.kalau saya ade pape masalah ..untuk siapkan ..bolehkah encik membantu saya…..saya cume mahu mintak pendapat…selebihnyerr saya yang buat sendiri..boleh ka..?? TQ
boleh masuk forum http://php.net.my
Assalam…maaf menggangu .. saya nak tanya sya kne buat satu sistem.. sistem itu kene memaparkan senarai maklumat dalam pangkalan data, dan pilih dari senarai satu email, kemudian paparkan dalam sebuah form baru..kira nya dalam table database kita dah ada semua data itu, tapi dia akan keluar satu sahaja .. mengikut email yang kita masukkan..masalahnya disini, saya cuba masukkan email tp dia keluar semua email yang dlm database tuh.. saya hanya mahukan satu shja .. bagaimana yer.. utk mengeluarkan hanya satu carian email itu shja…boleh tolong skit..terima kasih…
Maaf, kerana bukan ahli nujum. Mungkin boleh tambah WHERE user = something dalam query