Pemboleh Ubah (Variable)
Dalam pengaturcaraan, pembolehubah(variable) memainkan peranan yang penting. Nilai(value) boleh diumpukkan ke dalam pembolehubah dan digunakan banyak kali. Malah nilai untuk pembolehubah ini boleh berubah-ubah. Jenis data (datatype) untuk pembolehubah ini tidak perlu dinyatakan. Ia akan berubah sendiri mengikut jenis data yang diumpukkan. Nilai pula boleh terdiri dari integer,perpuluhan, string ataupun tatasusunan(array). Berikut adalah syarat-syarat untuk pembolehubah.
1. Mestilah dimulai dengan simbol $.
<?php
$string = 'Aku tak tau';
?>
2. Nama bagi pembolehubah hanya boleh mengandungi a hingga z, A hingga Z, _ dan 0 hingga 9. Tidak boleh dimulakan dengan nombor.
<?php
$string = 'Aku tak tau';
$StrinG01 = 'Aku tak tau';
$striNg_01 = 'Aku tak tau';
$1string = 'Aku tak tau'; //akan menghasilkan ralat
?>
3. Tidak boleh ada ruang diantara nama pembolehubah.
<?php
$str_ing = 'Aku tak tau';
$str ing = 'Aku tak tau'; //akan menghasilkan ralat
?>
4. Ini peraturan yang aku tambah sendiri. Untuk memudahkan kod-kod aturcara yang difahami. Sila gunakan nama pembolehubah yang menggambarkan nilai yang dipegang oleh pembolehubah tersebut.
<?php
$name = 'Jasdy Syarman';
$age = '28';
?>