Penggunaan FORMAT didalam MySQL

Merujuk kepada pertanyaan AminOO7 pada artikel ini. Cara untuk menyelesaikan permasalahan nombor integer yang diperolehi dari pangkalan data (database) yang tidak mempunyai tanda ‘,’ ialah dengan menggunakan fungsi FORMAT yang terdapat didalam MySQL.

SELECT FORMAT(12345.00, 2);

Merujuk kepada kepada sintak diatas, nombor 2 selepas tanda ‘,’ merupakan bilangan titik perpuluhan yang kita mahu paparkan.

Sekiranya kita mahu memanggil nilai dari dalam medan tertentu. Inilah caranya.

SELECT *,FORMAT(nama_medan, 2) AS noBaru 
FROM nama_jadual;

Selamat mencuba!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.