Fakta mengarut yang memalukan Islam itu sendiri

*Warna merah adalah hujah aku*

INFO : MENGAPA PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT?

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

*Hanya Semenanjung Malaysia sahaja piring astro kebetulan seakan-akan menghadap kiblat. Tapi tidak di Sabah dan Sarawak. Malah sekiranya kamu tinggal di negara-negara lain. Tiada satu pun piring satelit menghadap ke arah kiblat!

 

 

“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

*Ini juga karut, kalau Mekah merupakan pusat radiasi tidak berinfiniti, semua orang yang pergi ke Kaabah dan juga yang tinggal dikawasan sekitar Kaabah akan terdedah dengan radiasi. Tak tahu apa radiasi boleh buat pada tubuh kamu? Sila baca ini

“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Ini juga satu pembohongan, disekeliling Masjidilharam, banyak terdapat kedai – kedai yang menjual kompas kiblat, semuanya berfungsi bukan? Jika tidak, masakan kamu mahu membelinya?. Hasil perbualan saya dengan seorang kawan, dia telah bertanya isu kompas ini pada kenalannya yang duduk disana. Menurut kenalannya, kompas masih berfungsi seperti biasa di Kaabah.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya

Rasulullah sendiri wafat pada usia 63 tahun. Sekiranya kamu hidup lebih lama dari baginda, alhamdulillah. Kerana itu satu bonus untuk kamu dari Allah SWT. Tiada satu pun manusia tertua didunia ini yang tinggal disana. Buktinya ada disini.

 

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Aku malas nak cerita 2 kali. Rujuk semula hujah aku yang sebelum ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Ya, Tawaf sangat baik untuk kesihatan, kerana kamu berjalan dan menggerakkan anggota badan kamu. Bukan kerana pusat radiasi, pusat bumi dan juga kompas tidak bergerak.

Dan satu lagi, Neil Armstrong tidak pernah sekalipun memeluk Islam! Bukti disini.

Saya tak perlukan kepercayaan karut untuk sujud menghadap Kaabah, kerana saya ada Rukun Iman. Allah arahkan solat menghadap kiblat, maka saya patuh pada perintahNYA sebagaimana Rasul saya patuh pada perintahNYA.

22 Replies to “Fakta mengarut yang memalukan Islam itu sendiri”

  1. puas dah bertekak bagitau cerita ni tak betul..sejak keluar cerita piring Astro menghadap Kaabah..masyaAllah. Kenapa nak sebarkan penipuan..malu lah. Seriously. Ni mesti extremist yang bercerita. Thank you for sharing k brother

    1. hmm..sudahlah ********
      maaflah, komen berbaur serangan peribadi kepada pengomen lain, tidak akan saya approve. perbincangan mengenai topik ini haruslah secara ilmiah

  2. Salam Bro.. ini hasil eksperimen aku….Sebenarnya memang piring Astro langsung tidak menghadap Qiblat…bukan sesetengah tetapi secara teorinya memang semua tidak akan menghadap ke arah qiblat… artikel ini cuba merosakkan aqidah umah islam yg mana sudah ramai berqiblatkan arah astro apabila ke tempat yang tidak diketahui arah qiblat.. cuba lihat eksperimen aku di sini…
    http://azaharishafie.blogspot.com/2011/10/piring-astro-tidak-menghadap-qiblat.html

  3. piring astro measat1 seakan2 menghadap kiblat. measat 2 langsung tidak. baguslah anda juga prihatin dengan perkara ini. bersama-samalah kita perbetulkan fakta yang salah ini πŸ™‚

  4. Assalamualaikum, saudara yang dihormati..

    saya amat terpanggil untuk participate dlm perbualan ini. Setelah 5 hari saya membaca blog ini, hati saya amat tidak tenteram selagi saya tidak memberikan komen sepatah dua, tapi saya pendamkan hasrat tersebut kerana merasakan saya tidak layak kerana tidak cukup ilmu, mentah dalam bab-bab agama dan takut tersalah cakap atau macam2 lagi…tapi ini adalah pendapat peribadi saya, sila beri teguran jika saya tersilap..

    Saya amat berharap kepada saudara supaya tidak mempercayai bulat2 bahan yang saudara dapat dari internet, berita mahupun suratkhabar tanpa bukti2 dan kajian2 yang sah. Saya fikir saudara pasti cukup maklum siapa yang empunya internet, station tv, malah yang mengawal dunia dan ekonomi. Tak payahlah saya cerita panjang lebar tentang fitnah dajjal, zionis aka freemason atau illuminati ini sebab saya bukan orang yg cerdik pandai cuma kita semua harus berwaspada pada setiap berita yang keluar dari sumber2 ini…sebagai contoh Neil Armstrong..kalau benarlah dia terdengar bunyi azan di bulan dan menganut Islam, saudara fikir adakah puak2 laknatullah itu akan berdiam diri? Mereka amat teliti tentang hal-hal seperti ini, lebih2 lagi melibatkan celebriti2 yang terkenal di seluruh dunia…saya ada terbaca sebuah kisah tentang Usa sebenarnya sengaja mengada2kan cerita , malah saya pernah menonton satu kisah documentary dari amerika juga yang mengatakan bahawa Neil Armstrong tidak pernah menjejakkan kaki ke bulan…wallahualam dan saya terjumpa satu artikle juga dari sumber internet yang mengatakan..Neil Armstrong serta 2 lagi angkasawan yang terbabit, selepas misi itu… mereka memang sentiasa melarikan diri daripada kemasyhuran dan mengelak daripada berbual tentang misinya itu. Kenapa? Ini ialah salah satu link yang mungkin boleh menggambarkan kehidupan Neil Armstrong selepas misi Apollo 11… kelakuannya memang menimbulkan keraguan…

    http://www.enquirer.com/editions/1999/07/18/loc_neil_armstrong_the.html

    Adakah kerana mereka tidak pernah menjejak kaki ke bulan atau memang mereka memang terdengar suara azan di sana? Hanya Allah yang maha mengetahui…Tetapi bagi pendapat peribadi saya…apalah salahnya kalau seluruh dunia Islam menganggap dan menjadikan kisah lagenda itu cerita turun temurun hingga ke anak cucu yang manusia pertama ke bulan terdengar bunyi azan dan terus masuk Islam, dibiarkan saja , sebab kita pun tidak tahu secara sah yang mana betul yang mana tidak, hanya Allah yang maha mengetahui, apa kata kalau kita biarkan saja perkara itu menjadi buah mulut , bukan ke banyak kebaikkan dari keburukkan nya, kenapa harus di war2kan kepada semua orang Islam bahawa berita itu sekadar penipuan belaka..bukankah itu melemahkan semangat sesetengah orang? Kalaulah budak2 yang terbaca perkara seperti ini, pasti hancur hati mereka dan mereka pasti terfikir “oh selama ini mereka tertipu” , kalau benarlah tertipu tak apa, bagaimana pulak kalau perkara itu benar ? Maksud saya sebagai manusia yang jahil ini ialah, rumours yang baik untuk agama Islam kenapa kita nak jatuhkan pulak ..sedari kecil saya telah diwar2kan dengan berita, Neil Armstrong manusia pertama ke bulan masuk Islam kerana terdengar azan, saya bukan nya menjadi jahat kerana mendengar berita tersebut, saya jadi amat teruja…dan amat berbangga, apa salahnya kalau generasi akan datang turut menjadi seperti saya. Bukankah itu menjadi satu dorongan dan inspirasi untuk mereka?

    Kedua pasal Kaabah, saya dilahirkan sebagai manusia yang suka mencari dan bertanya dan hendak tahu, saya bukan seperti saudara dan seperti kebanyakkan ustaz atau alim ulama, yang tidak mahu mempersoalkan perkara dan berfikir secara detail tentang sesuatu…Allah kata hukumnya begitu maka kita buat begitu. Saya faham setengah orang tidak suka memikirkan benda yang berat, kita buat yang wajib, yang Tuhan suruh sudah, suami saya juga begitu, bagi dia benda yang tak boleh difikir buat apa nak difikir…saya faham itu..itu pendpat masing2…tetapi bagi saya mencari jawapan juga tidak salah. Sebagai contoh..mengapa kita tak boleh makan daging babi, saudara tentu menjawab, Allah dan Rasulullah kata haram, maka haramlah…kenapa nak dipertikaikan lagi..tetapi setengah orang boleh pulak bagi jawapan ringkas tapi cukup puas hati…oh sebab babi adalah binatang kotor, makan bangkai, ada beribu2 jenis cacing. kuman dalam daging babi boleh membawa penyakit sebab itu kta dilarang makan babi..ini contohlah…

    Berbalik kepada soal Kaabah, sekian lama saya berfikir dan mencari jawapan ( saya memang jahil bab agama) mengapa kita harus tawaf? Saya bertanya dan mencari sebab saya tak faham kenapa kita harus jalan ramai2 keliling kaabah. Kemudian saya terjumpa satu artikle tentang itu iaitu, Kaabah ialah pusat bumi , tenaga terkumpul di situ, tentang seluruh dunia bersolat mengadap kaabah tanpa hentinya 24jam sehari…dan kaitannya dengan orang bertawaf berlawanan jam 7 kali..(saya tidak mahu bercerita secara detail perkara tersebut sebab saya sedar saudara bukan seorang pemikir) tetapi apa yang saya hendak beritahu saudara, rencana yang saya baca itu mebuatkan hati saya teruja benar hendak ke Mekah dah bertawaf … hari-hari saya pasang impian dan berdoa pada ALlah supaya murahkan rezeki dan supaya Allah sudi menjemput saya ke sana…dan berdoa supaya Allah berikan saya petunjuk mana yang benar dan yang salah..

    Tiba-tiba saya terbaca pula blog saudara…persoalan saya sekarang adakah saudara pasti dengan apa yang saudara tulis, atau saudara sekadar tulis untuk menyiapkan satu blog? Jika saudara amatlah pasti alhamdulillah, tetapi kalau sebaliknya…agak2 saudara berapa ramaikah yang jadi “putus harapan” selepas baca blog ini? Maklumlah manusia ni dilahirkan macam2 jenis. Ada yang jenis tak ambik tahu, ada yang jenis tak mahu ambik tahu, ada yang jenis percaya bulat2, ada yang jenis mencari, ada yang jenis perlu tahu sesuatu untuk mendapat hidayah. Kita pun tak boleh nak komen atau mengutuk sesiapa , dah Allah jadikan dia begitu..dan kitapun tak boleh kata orang itu Tidak beriman kalau dia suka berfikir dan mencari, setengahnya dia buat sembahyang 5 waktu, dia tahu hukum hakam, tapi dia masih jugak mencari..setiap perkara yang Tuhan cipta ada pro dan kontranya. Kita tak boleh anggap semua orang ada penerimaan yang sama macam kita…jadi saya rasa pasti pertanyaan dan pendapat saya pasti dirasakan tidak logik oleh sesetgh orang..

    Maafkan saya dan ampunkan dosa jika jika saya tersilap, di minta sangat-sangat supaya saudara boleh membetulkan kesilapan saya, saya hanyalah seorang yang amat jahil ..tetapi hati saya masih mencari, saya ingin tahu .

    1. 1. sebagai orang Islam takde masalah kita nak percaya Neil Armstrong mendengar azan di bulan. Tetapi kalau beliau sendiri menafikan beliau memeluk Islam, atas dasar apa kita hendak mengatakan Neil Armstrong memeluk Islam kerana mendengar azan dibulan? Adakah kita terlalu memerlukan cerita-cerita sebegini untuk memberikan anak-anak kita berbangga dengan agama Islam?

      2. Pasal Kaabah pusat bumi, mereka menekan mengenai bagaimana kompas tidak akan berfungsi kerana disitu adalah pusat bumi. Tetapi kompas berfungsi dengan baik di Kaabah. Jadi jika ada terbaca artikel mengenai kebaikan Kaabah yang boleh dibuktikan secara saintifik. Sertakan bukti saintifik. Jika tidak umat Islam hanya menjadi bahan jenaka. Dan silap haribulan kita menjadi bahan jenaka anak-anak kita sendiri.

      3. Maaf saya bukan seorang pemikir, entri ini sekadar untuk melengkap blog sahaja. (Mengikut kata awak.) Selagi tiada bukti saintifik, selagi itu saya tetap dengan pendirian saya. Kaabah itu tetao istimewa. Tapi bukan kerana Kaabah itu ada khasiat istimewa, tapi kerana Kaabah itu Kota Suci bagi umat Islam. Dan niat untuk ke Kabaah adalah untuk menunaikan haji bagi memenuhi tuntutan Islam yang ke 5. Bukan kerana sebab-sebab lain.

    2. stupidiest thing I ever read/heard…

      Kenapa nak bina keyakinan pada Agama Islam melalui penipuan? Sedangkan Nabi SAW sendiri bersabda, “Berkatalah benar walaupun pahit”…

  5. thanks for the information,,ternyata akidah selama ni telah terpesong..Astaqfirullah.. btw,thanks juga kepada Cikgu@Dr. yg telah memberi link ini kepada saya =D thanks a lots Cikgu..

  6. akidah? kepercayaan terhadap perkara-perkara ini tidak menjejaskan akidah. ianya tidak melibatkan sebarang pemujaan mahupun perbuatan syirik yang lain

  7. sabah pn mhadap kiblat astronya,mcam sy ! utk melihat pelbagai keajaiban ,sila pg blog pasakeedah.blogspot.com

  8. Neil A. tak pernah sampai ke bulan pun..laku kan sedikit research ttg penipuan space program, panjang lebar tulis perkara asas pun xtau..cetttt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *