Ekstrak nama domain dari email
Posted On 09/03/2009
Asalnya soalan ini ditanyakan di forum komuniti http://php.net.my . Bagaimana mahu mengekstrak nama domain dari email yang tersimpan didalam pangkalan data(database) MySQL.
Ini merupakan contoh jadual (table) di dalam pangkalan data.
CREATE TABLE `emails` ( `id` INT NOT NULL AUTO_INCREMENT , `email` TEXT NOT NULL , PRIMARY KEY ( `id` ) ) ENGINE = MYISAM;
Ini pula contoh data yang ada di dalam meja.
INSERT INTO `emails` ( `id` , `email` ) VALUES ( NULL , 'foo@foobar.com' ), ( NULL , 'fii@fii.com.my' );
Cara untuk menyelesaikan permasalahan ini ialah dengan menggunakan sintak SQL seperti di bawah.
SELECT email, CONCAT('www.', SUBSTRING_INDEX(email,'@',-1) ) AS domain FROM emails;
Penggunaan CONCAT adalah untuk menggabungkan nilai-nilai yang ada. Manakala penggunaan fungsi SUBSTRING_INDEX pula untuk memisahkan nilai yang ada. Dalam kes ini untuk mendapatkan nilai selepas simbol @.
5 Comments
apa pun aku nak ucapkan terima kasih pasal bagi aku idea
nak exstrak domain dari email dari mysql bukan dari php
bukan apa, kalau boleh buat dari sql sahaja
aku akan tumpukan kat situ aje
kat php kita boleh paparkan aje
kan jimat masa php hasilkan output
dan kecilkan saiz fail php
dan ringkaskan kod
cuma nombor aje aku masih explorer aje
nombor ko nak ekstrak mcm mana?
macam mana yer?
nak buat siap ada coma macam
1,000,000.00
ahahaha
yang tuh ko pakai php je la