Konsep Pelanggan, Pelayan & Pengkalan Data (Client,Server & Database Concept)
Sebelum aku terus memberikan tutorial mengenai pengaturcaraan laman web, biarlah aku menerangkan serba- sedikit bagai ianya berfungsi. Bagi yang sudahpun mengetahui mengenai konsep pelanggan(client), pelayan (server) dan juga pengkalan data (database) mungkin akan mendapati artikel pada kali ini agak membosankan.
1. Pelanggan – ialah komputer yang mengakses sesuatu laman web. Sebagai contoh komputer yang kamu gunakan. Tidak kisahlah sama ada kamu menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer ataupun Mozilla Firefox untuk melihat laman web, kamu tetap dikira sebagai pelanggan.
2. Pelayan – ialah komputer yang membenarkan kamu mengakses laman web menerusi pelayar yang kamu gunakan. Segala fail-fail laman web akan disimpan di pelayan. Sebagai contoh laman web ini. Kesemua fail-fail yang berkaitan disimpan di pelayan dan kamu boleh mengaksesnya.
3. Pengkalan Data – ialah komputer yang menyimpan data. Kebiasaannya pengkalan data menyimpan data-data sahaja. Sebagai contoh segala teks yang ada di artikel ini. Ianya disimpan di pengkalan data bagi memudahkan pengurusan data.
Merujuk kepada gambar diatas, warna merah menggambar setiap permohonan (request) yang dihantar kepada pelayan dan juga pengkalan data. Warna biru pula menggambarkan permohonan yang dijawab (response) oleh pelayan mahupun pengkalan data untuk setiap permohonan yang dihantar.
Senario. Kamu menaip http://syarman.com/soft/ pada pelayar kamu. Secara automatik, kamu telah menghantar permohonan kepada pelayan. Pelayan akan mencari fail-fail yang kamu mohon dan akan memprosesnya. Sekiranya fail-fail tersebut berkehendakkan data dari pengkalan data, pelayan pula akan menghantar permohonan kepada pengkalan data. Hasil dari jawapan permohonan kamu itu, artikel ini dapat kamu baca.
Setiap kali kamu mengklik pada pautan (hyperlink) setiap kali itu juga kamu menghantar permohonan kepada pelayan.
Harap kamu dapat memahami artikel ini. Ada sebab kenapa ianya di taip di dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Aku mahu kita membiasakan diri dengan istilah teknikal di dalam bahasa Melayu.
hohoho
nampak macam menarik
😀
ahahaha, sekadar termampu je amin 🙂
teruskan usaha. letaklah banyak gambar dan cebisan kod2
ahahaha…sedang diusahakan.