Pemasangan VMware Player versi 15.5 keatas

Dapat laptop baru, install windows 10. Kemudian kita mulakan pemasangan perisian-perisian yang diperlukan untuk pembangunan sistem. Secara kebiasaannya, kita akan muat turun versi terkini yang ada dipasaran. Rupa-rupanya, perkara ini telah menjerat diri saya sendiri. Saya muat turun VMware versi 16. Keluarlah ralat seperti diatas.

Hasil pembacaan di pautan yang diberikan, saya mula mencari jalan penyelesaian.

Pastinya bukan masalah perkakasan, sebab saya menggunakan intel i7 kot. Jadi saya jangkakan pastinya berpunca dari Windows 10 saya. Jadi kita mula semak versi windows.

Nampaknya, windows 10 saya berada di versi 1909. Jadi langkah pertama saya adalah untuk kemaskini windows 10 saya. Malangnya, saya tidak pasti kenapa, kemaskini tersebut tidak dapat saya lakukan.

Kemaskini May 2020 pun tidak ditawarkan ke sistem pengoperasian saya. Jika mahu berputus asa, cari sahaja vmware versi lama. Kedegilan saya mahu kemaskini juga windows 10 saya, memaksa saya melakukan manual/force update windows 10.

Sebelum anda meneruskan proses ini, pastikan anda backup kesemua fail anda.

Pergi ke https://www.microsoft.com/en-au/software-download/windows10 kemudian tekan butang Update Now, kemudian save fail tersebut.

Selesai muat turun larikan fail tersebut dan kemaskini Windows 10 anda. Selesai proses kemaskini, VMware akan boleh digunakan semula.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.