Jommasjid.my

Alhamdullillah. Baru sahaja membeli domain jommasjid.my. Motif untuk mempunyai domain ini adalah :

1. Masjid Pokok Assam, tidak lagi menggunakan masjid.syarman.com tapi bakal menggunakan pokokassam.jommasjid.my

2. Bagi masjid-masjid lain, sekiranya mahu mempunyai namakampung.jommasjid.my bolehlah menghantar email kepada saya untuk saya buatkan subdomainnya. Ianya percuma!

3. Untuk jommasjid.my sendiri, saya akan cuba buat satu sistem, yang membolehkan sesiapa sahaja memberi makluman tentang kuliah, ceramah agama dan mungkin aktiviti masjid yang mereka tahu. Apabila admin sudah mengesahkan maklumat ini bukan spam, ianyanya akan terpapar di laman jommasjid.my

Kenapa jommasjid.my? Sebab saya rasa perlu ada satu pusat pengumpulan maklumat ceramah agama dari kariah yang berlainan. Jadi orang ramai boleh mengetahui perkembangan aktiviti masjid di Malaysia. Doakan impian saya ini berjaya!

*Terima kasih kepada Art In Software sebab bagi diskaun pada harga domain name!!

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.